Wednesday, November 28, 2007

kemalangan

Pengenalan.
Kemalangan jalanraya merupakan antara punca utama kematian di Malaysia. Setiap tahun hampir 6,000 kematian dilaporkan dan menyebabkan kerugian lebih RM 6 bilion ringgit. Di Malaysia 95% kemalangan jalanraya adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu. Di antara enam faktor kemalangan, keadaan pemandulah yang paling penting, kerana memandu dalam keadaan fizikal, fikiran dan emosi yang baik boleh mengelakkan kemalangan dengan menyesuaikan diri dengan keadaan kecemasan dan juga mengelakkan diri daripada kelalaian pemandu-pemandu lain. Pemanduan berhemat ialah pemanduan yang dapat menyelamatkan anda. Pemanduan berhemat adalah satu pendekatan kepada tugas pemandu apabila pengamalannya boleh mengurangkan kemalangan. Pemanduan berhemat adalah pemanduan untuk mengelakkan kemalangan akibat kesalahan pemandu- pemandu dan halangan-halangan yang lain di jalan raya. Berdasarkan maklumat daripada program ini, hanya 23% pemandu yang menggunakan talipinggang keledar sepenuh masa semasa memandu. Peratusan ini menunjukkan sikap pemandu di Hulu Langat masih rendah tentang aspek keselamatan di jalan raya. Daripada maklumat ini juga didapati kebanyakkan pemandu tidak mematuhi peraturan had laju di jalanraya. Objektif program ini adalah untuk mengurangkan kematian akibat kemalangan jalanraya. Menurut sumber perangkaan statistik daripada pejabat polis daerah Hulu Langat didapati 3757 kemalangan jalanraya telah di laporkan (Januari - Ogos 2001). Daripada jumlah ini, terdapat sebanyak 54 kemalangan maut dan menyebabkan 66 jumlah kematian. Selain itu juga 106 orang mengalami cedera parah dan 321 mengalami cedera ringan. Jumlah kemalangan ini meningkat terutama apabila tiba musim cuti iaitu ketika perayaan cuti umum. Kemalangan seperti ini dapat di elakkan sekiranya sikap pemandu dan penguna jalanraya ini di ubah. Risiko kemalangan ini dapat di kurangkan sekiranya pengguna ini memastikan kenderaan mereka baik dan selamat. Selain itu juga pengguna jalanraya seperti pejalan kaki dan penunggang basikal hendaklah berhati-hati ketika berada di jalanraya. Dari seramai 2123 penduduk Hulu Langat yang di temuduga didapati hanya 48% penunggang motosikal yang memakai topi keledar pada sepanjang masa. Manakala bagi penggunaan tali pinggang keledar pula, hanya 59% dari 3244 penduduk yang menggunakannya sepanjang masa.

Dipetik dari laman web ukm (pkukmweb.ukm.my)