Wednesday, July 18, 2007

KECANGGIHAN TEKNOLOGI

Era teknologi maklumat menyebabkan masyarakat berlumba-lumba mempelajari komputer. Antara yang paling digemari oleh setiap lapisan masyarakat adalah internet.

Internet juga mempunyai pro dan kontra. Ia juga membolehkan masyarakat mencari apa saja maklumat tanpa sempadan. Internet mempunyai kesan mendalam ke atas ilmu. Internet juga bagaikan kamus dan mungkin juga perpustakaan untuk mencari pelbagai maklumat dan data secara ekstrem.

Kebimbangan masyarakat terhadap kecanggihan teknologi ini berpunca daripada beberapa bahan kontroversi, termasuk pelanggaran hak cipta dan percambahan bahan-bahan lucah tanpa kawalan. Masyarakat mudah terpengaruh dengan setiap paparan di laman web. Antaranya palsu tetapi diterima oleh masyarakat tanpa dipastikan kesahihannya.

Teknik ‘super impose’ adalah antara teknik yang paling efektif untuk menyebarkan fitnah pada individu tertentu. Di bawah adalah contoh gambar 'super impose' yang paling popular pada masa kini.


Gambar ini dipetik dari blog Tian Chua ( http://www.tianchua.net/ )


Inikah gunanya kecanggihan teknologi masa kini? FIKIRKAN...

No comments: